CHESEE CAKE BABY 7 BULAN 🧀🧈
Sesuai kalau nak tambah berat baby, dan nak naik kan selera baby.
Resepi ni pun uyu jumpa dan uyu buat dan olah sendiri, boleh lah cuba untuk baby, teksture kek ni bukan macam kek, dia lembuh smooth sesuai untuk baby,
Bahan Bahan Chesee Cake baby 7 Bulan :
🧀Cheese Tatura - setengah dari 250g
🧀Tepung Gandum - 1 sudu sahaja
🧀Telur - 1 biji
Cara2 :
1) Blend semua bahan2 di atas,
2) Bubuh dalam bekas separuh dari bekas nak kukus.
3) Kukus sehingga kek tak melekat di lidi, dalam 10 minit boleh cek.
Nak tambah topping pun boleh, buat puree buah, buah mangga, buah labu, terpulang.
Macam uyu buat topping cream cheese untuk anak yg lain, yg baby 7 bulan ni uyu bagi cake ni sahaja, sbb buah dah habis.
Bahan Bahan Topping Cheese
🦋 Setengah dari tatura 250g tadi
🦋 Susu fresh 1/2 cawan
🦋 Susu pekat 1/3 cawan
Selamat mencuba! Boleh tengok details dekat gambar tau.
#baby7bulan #makananbaby7bulan #tipsmakananbayi #cheesecake #cheesecakelovers #cheesecakerecipe