Wednesday 30 June 2021

SELF REWARD BISNES - Aimi Uyu



 SELF REWARD | IPHONE XR | AIMI UYU



Alhamdulillah finally dah dapat dah apa yang di idam kan sekian lama. Maybe bagi orang lain benda ni biasa , tapi bagi uyu benda ni salah satu pencapaian terbaik uyu.

Bayangkan suri rumah buat bisnes sampai boleh buat savings sendiri dan beli reward diri.
So proud sebenarnya dgn diri uyu sendiri, uyu bermula dari zero, phone pun biasa je dulu masa start buat bisnes shaklee ni. Redmi.

Ya, uyu start dgn redmi je dulu, but then hasil konsisten dan buat bisnes sungguh sungguh uyu dapat beli dan unlock satu persatu impian uyu. 

Dari Redmi - iPhone 5s - iPhone 7 - iPhone Xr . Alhamdulillah itulah progress.

" Trust The Process"

Mentor uyu selalu pesan macam ni tapi at the same times kena jadi agresif dari yang lain.

Bayar CASH untuk iPhone ni :)

Kalau dulu nak beli apa apa mesti kene tahan nafsu , atau mimpi jelah kan , tapi sekarang uyu dapat beli je apa apa yang uyu nak. 

Uyu beli phone ni untuk uyu kembangkan lagi dan strongkan bisnes uyu ni. Nak buat video live zoom meeting dan macam macam lagi lah dalam list kepala ni , hahahha...

Uyu beli phone untuk suami, anak uyu untuk senangkan kerja Pdpr dia, dan phone untuk uyu.

Total tiga phone dalam masa 3 hari ni. 


Phone OPPO reno 5F untuk suami dan VIVO untuk anak.

Kebetulan uyu pengguna bill celcom, jadi celcom ada buat macam 
sistem reward lah untuk pengguna dia yang dah pakai bill setahun dan
 bayar bill cun tiap tiap bulan.

Jadi uyu layak dapat phone free dua biji sbb uyu pakai 2 number. Jadi uyu ambik phone oppo untuk suami dan upgrade pakej plan je.

But then uyu upgrade uyu dapat beli device phone dgn harga yang lebih jimat dan murah. Uyu jimat almost RM500 untuk phone uyu ni.  Best bukan ? 😊

BOLEH TENGOK TIPS BISNES ONLINE DI SINI


NEXT UYU AKAN SHARE LAGI :)

Continue Reading

Sunday 27 June 2021

SUPPLEMEN PENTING? - Aimi Uyu

 



KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMEN?


Dulu uyu pun tak berapa nak percaya sangat dengan supplemen ni tau, yelah sesuatu nak masuk dalam badan kan? Bahaya untuk badan kalau kita tak kaji betul kandungan dan effect sesuatu supplemen tu.

Bila orang sebut pasal supplemen laju laju buat buat tak dengar, malas layan konon nya, 😃

Uyu anggap orang yang cakap atau sebut pasal supplemen ni, nonsense! Dah tak ada benda nak di borak kan agaknya, tapi uyu diam cuma gumam dalam hati je lah , hahaha...

But then, makin lama uyu makin terbuka soal supplemen ni, makin boleh menerima subjek supplemen dalam hidup.

Betul lah orang kata, 
" Tak kenal maka tak cinta"
Uyu bermula dengan satu jenis supplemen ni di sebabkan masalah penyusuan badan uyu pada tahun 2019 dulu.

Impian seorang ibu ingin menyusukan anak nya sampai 2 tahun, yang sebelumnya anak uyu 2 orang uyu gagal menyusukan dengan baik kerana kurang ilmu :(

Jadi pada tahun 2019 uyu mula mencari supplemen untuk bantu journey penyusuan uyu yg dah start drop bila uyu start bekerja.

Masa tu anak no 3 uyu berusia 6 bulan, sedih dan risau sgt masa tu, power pumping dah buat, jaga makan pun, air masak pun dah banyak liter telan.

Tapi tak berjaya..... :(

Di takdirkan, uyu ada terjumpa posting cousin uyu share pasal milkbooster shaklee iaitu Omega Guard. Uyu tertarik, then uyu pun beli dan cuba. Sbb terdesak nak cukup kan demand baby, uyu ibarat kais pagi kais petang je supplying susu tu. SEDIH...

And guess what, dalam 2 weeks dah nampak kesan , kalau dulu pam paling2 4 auns per sesi, masa tu uyu boleh dapat 8 hingga 12 auns per sesi, Allahuuuuu, lagi banyak dari dulu.

Happy syukur tak terkata...

Tak risau dah stok untuk baby, Allah cukup kan malah lebih untuk baby asbab ikhtiar dengan Omega Guard Shaklee..


" DI SITULAH BERMULA CINTA PERTAMA UYU DENGAN SUPPLEMEN "

Tunggu part 2 okay korang  : *











Continue Reading

Thursday 24 June 2021

TIPS BERSALIN NORMAL TANPA JAHIT DAN KOYAK - Aimi Uyu

 

Bersalin tanpa koyak



Tips bersalin tanpa jahit dan koyak
Surah Al - Anbiaq Ayat 87


TIPS DAN PENGALAMAN Aimi Uyu BERSALIN NORMAL TANPA JAHIT TIGA ORANG ANAK 😊


Alhamdulillah, pertama sekali mestilah dengan izin Allah segalanya kan. Tetapi sebagai manusia, sudah tentulah di iringi dengan usaha, betul tak? 


Bagi yang baru follow uyu, meh uyu kenalkan diri uyu dulu, uyu adalah ibu kepada 4 orang anak yang solehah dan soleh inshaa Allah. 😊 Dua orang puteri dan dua orang  putera. Umur uyu lagi tahun ni 28 thun 😄. 


Alhamdulillah bagi semua ketiga2 anak uyu bersalin tiada jahit dan koyakan. Hanya melecet sikit sahaja dan cepat sembuh. 


Doktor siap puji yu pandai teknik teran dengan betul walaupun baru anak sulung. Dan waktu contraction pun tak lama, 


Anak pertama- Pukul 6 pergi hospital pukul 6.26am bersalin. Berat (2.5kg)


Anak kedua - Pukul 2 masuk labour room sebab bukaan dah 4 cm walau tak sakit masa tu, dan bersalin pukul 4.24 am. Berat (3.21kg)


Anak ketiga - Masuk labour room pun sebab bukaan dah 3 cm, plus baru 36week, walaupun tak sakit apa apa lagi masa tu, masuk labour room pukul 11 am pukul 2 pm start rasa contraction biasa2 tapi dah 7cm dan pukul 2.49pm bersalin. Berat (2.68kg)


Okay, yuu nak kongsikan apa tips dan amalan yang uyu usahakan untuk elakan koyakan masa bersalin. 


Antaranya :


1. Kerapkan berjalan. 

- First, dapatkan nasihat doktor dulu ya, sebab ada yang tidak dibenarkan untuk kerap berjalan atas faktor kesihatan. 

- Uyu selalu round dekat pasar malam je, lagi best walaupun tak beli apa2 hehe. 


2. Selalu baca La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin. (Surah Al-Anbiaq ayat 87). 

- Uyu selalu baca bila ada masa lepas solat ke lepas makan ke atau bila masa2 free.

- Lagi2 masa nak bersalin, non stop surah ni. Sangat2 membantu. 


3. Kerapkan Bersama.

- Maaf kalau sensitif, tetapi memang sangat membantu ya bagi shu untuk buka jalan. Baby smooth je bila keluar. Lagi2 masa dah cukup bulan atau tunggu hari.😊 

- Uyu ingat lagi, masa anak sulung, pergi hospital pukul 6 pagi beranak pukul 6.26 am. Alhamdulillah. 


4. Teknik Teran yg Betul.

- Uyu dulu masa anak sulung, Uyu google je, dan Uyu practise je sorang2. Sampai uyu rasa selesa. 

- Jangan angkat punggung, buku lali mesti tangan dapat genggam, dan kepala angkat sampai nampak perut.

- Jangan teran selagi doctor tak suruh teran tau, tu yang menyebabkan koyak, sebab contraction tak ada atau pun jalan tak bukak tapi kita teran. 

- Doctor kata teran baru teran, cara pernafasan pun perlu betul ya.


5. Selalu fikir yang baik2 dan positif.

- Contoh, sentiasa fikir yang uyu bersalin tak akan ada koyakan, bersalin nanti senang je, bersalin nanti mesti pandai teran, bersalin nanti mesti tak kena jahit. Kenapa kena fikir yang baik2? Kan Allah berada dalam sangkaan hambanya 😊. 


Selebihnya hanya Allah swt yang makbulkan. Jika ditakdirkan untuk jahit, jangan lah kecewa, besar pahalanya tu tau. 😘 


Okay ini antara2 tips2 yang uyu amalkan, selebihnya boleh je tanya apa2 yang tak faham ya. ☺️


Ada nak uyu kongsikan tips apa apa lagi? 😘


#BersalinNormal #BersalinTanpaJahit #TipsBersalinNormal

Continue Reading