Thursday 24 June 2021

TIPS BERSALIN NORMAL TANPA JAHIT DAN KOYAK - Aimi Uyu

 

Bersalin tanpa koyak



Tips bersalin tanpa jahit dan koyak
Surah Al - Anbiaq Ayat 87


TIPS DAN PENGALAMAN Aimi Uyu BERSALIN NORMAL TANPA JAHIT TIGA ORANG ANAK 😊


Alhamdulillah, pertama sekali mestilah dengan izin Allah segalanya kan. Tetapi sebagai manusia, sudah tentulah di iringi dengan usaha, betul tak? 


Bagi yang baru follow uyu, meh uyu kenalkan diri uyu dulu, uyu adalah ibu kepada 4 orang anak yang solehah dan soleh inshaa Allah. 😊 Dua orang puteri dan dua orang  putera. Umur uyu lagi tahun ni 28 thun 😄. 


Alhamdulillah bagi semua ketiga2 anak uyu bersalin tiada jahit dan koyakan. Hanya melecet sikit sahaja dan cepat sembuh. 


Doktor siap puji yu pandai teknik teran dengan betul walaupun baru anak sulung. Dan waktu contraction pun tak lama, 


Anak pertama- Pukul 6 pergi hospital pukul 6.26am bersalin. Berat (2.5kg)


Anak kedua - Pukul 2 masuk labour room sebab bukaan dah 4 cm walau tak sakit masa tu, dan bersalin pukul 4.24 am. Berat (3.21kg)


Anak ketiga - Masuk labour room pun sebab bukaan dah 3 cm, plus baru 36week, walaupun tak sakit apa apa lagi masa tu, masuk labour room pukul 11 am pukul 2 pm start rasa contraction biasa2 tapi dah 7cm dan pukul 2.49pm bersalin. Berat (2.68kg)


Okay, yuu nak kongsikan apa tips dan amalan yang uyu usahakan untuk elakan koyakan masa bersalin. 


Antaranya :


1. Kerapkan berjalan. 

- First, dapatkan nasihat doktor dulu ya, sebab ada yang tidak dibenarkan untuk kerap berjalan atas faktor kesihatan. 

- Uyu selalu round dekat pasar malam je, lagi best walaupun tak beli apa2 hehe. 


2. Selalu baca La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin. (Surah Al-Anbiaq ayat 87). 

- Uyu selalu baca bila ada masa lepas solat ke lepas makan ke atau bila masa2 free.

- Lagi2 masa nak bersalin, non stop surah ni. Sangat2 membantu. 


3. Kerapkan Bersama.

- Maaf kalau sensitif, tetapi memang sangat membantu ya bagi shu untuk buka jalan. Baby smooth je bila keluar. Lagi2 masa dah cukup bulan atau tunggu hari.😊 

- Uyu ingat lagi, masa anak sulung, pergi hospital pukul 6 pagi beranak pukul 6.26 am. Alhamdulillah. 


4. Teknik Teran yg Betul.

- Uyu dulu masa anak sulung, Uyu google je, dan Uyu practise je sorang2. Sampai uyu rasa selesa. 

- Jangan angkat punggung, buku lali mesti tangan dapat genggam, dan kepala angkat sampai nampak perut.

- Jangan teran selagi doctor tak suruh teran tau, tu yang menyebabkan koyak, sebab contraction tak ada atau pun jalan tak bukak tapi kita teran. 

- Doctor kata teran baru teran, cara pernafasan pun perlu betul ya.


5. Selalu fikir yang baik2 dan positif.

- Contoh, sentiasa fikir yang uyu bersalin tak akan ada koyakan, bersalin nanti senang je, bersalin nanti mesti pandai teran, bersalin nanti mesti tak kena jahit. Kenapa kena fikir yang baik2? Kan Allah berada dalam sangkaan hambanya 😊. 


Selebihnya hanya Allah swt yang makbulkan. Jika ditakdirkan untuk jahit, jangan lah kecewa, besar pahalanya tu tau. 😘 


Okay ini antara2 tips2 yang uyu amalkan, selebihnya boleh je tanya apa2 yang tak faham ya. ☺️


Ada nak uyu kongsikan tips apa apa lagi? 😘


#BersalinNormal #BersalinTanpaJahit #TipsBersalinNormal

Newer Post
Previous
This is the last post.

1 comment: